Tuesday, 29 November 2011

Rukun Islam

Assalamu'alaikum kepada pembaca Fazliana Story.

Post kali ini adalah sekadar untuk sama-sama mengingati antara satu sama lain. Agar kita tidak lupa dengan tanggungjawab kita pada Allah. Ini telah dinyatakan dalam Surah Al- 'Asr ayat 3 yang bermaksud ;

" Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran "

Di sini merupakan rukun Islam yang mempunyai 5 perkara, iaitu ;
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Menunaikan solat fardhu lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan.
  4. Menunaikan zakat. (zakat farta & zakat fitrah)
  5. Mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Banyakkan beramal dan bersedekah. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hamba-hamba Nya yang beriman. Insya Allah.

Terima kasih. Assalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment