Tuesday, 29 November 2011

Kisah Pak Meon - Part 1

Pak Meon tinggal keseorangan di rumah selama seminggu kerana anak-anak dan isterinya pulang ke kampung. Maka selama seminggu beliau terpaksa untuk melakukan kerja-kerja rumah sendirian termasuk lah memasak.

Setelah 3 hari duduk sendirian di rumah, ketika beliau ingin memasak, beliau mendapati ikan di dalam peti ais lembik. Beliau pun heran. Beliau cuba untuk memeriksa peti ais itu dan mendapati peti ais itu rosak. Beliau terus ke bilik mengambil duit untuk membaiki peti ais itu. 

Malangnya, belau tidak mencukupi wang. Beliau pun duduk di halaman rumah sambil memikirkan cara untuk mendapat duit membaiki peti ais itu.

" Surat kabar lama! Tv lama! Peti sejuk lama! Mesin basuh lama! "
" Peti ais aku tu pn da lame sangat dah tu. baik aku jual. dapat jugak aku duit nk repair peti ais aku. "
" Apek, tunggu jap. "

Setelah dijual peti ais itu, maka beliau pun dengan riang hati ingin membaiki peti ais beliau yang rosak itu kerana duit sudah cukup. Akan tetapi, apabila beliau masuk ke dapur beliau mendapati peti ais beliau hilang. Setelah 2 minit terdiam, baru beliau sedari dengan kebodohan yang beliau lakukan. Beliau terus terbaring sambil memikirkan jawapan yang ingin dijawab kepada isterinya nanti.

Tammat.

No comments:

Post a Comment