Aku dilahirkan di muka bumi ini pada 1987. Aku dilahirkan oleh keluarga yang sederhana dan aku merupakan anak bongsu dalam keluarga ini. Alhamdulillah dari saat kelahiran ku aku masih dapat melihat ibu dan ayah ku. Tidak seperti insan yang kurang bernasib baik, sehingga usianya besar mereka tidak pernah melihat wajah ibu atau ayah masing-masing. Sangat menyedihkan.
" Adik, bangun..mandi."
"........................."
" Hey,bangun la.kau x nak g sekolah ke.da pukul brape dah ni."
Hari ini hari pertama aku sekolah tadika. Tadika dari rumah ku tak jauh, hanya berjalan kaki sahaja. Tapi, hati aku sayu nak menangis sebab tak sanggup ditinggalkan ibu. Aku hanya duduk di luar pagar bertemankan ibu.
" Dah, masuk.nanti cikgu marah."
" Tak nak! nak balik"
" Cikgu, amek die.sekolah habis pukul 11 kn. nanti sy datang jemput anak sy."
Aku hanya mampu menangis teresak-esak. Akhirnya tangisan aku berjaya. Aku dilepaskan untuk balik ke rumah bersama ibu ku. Aku balik dengan hati riang.
" Ko duduk kt luar ni.jangan masuk rumah!"
Ibu ku terus keluar ke kedai membeli lauk untuk masakan tengah hari. Aku cuba untuk panjat para-para tingkap tapi tak sampai. Kebetulan anak jiran ku sedang menyapu sampah.
" Kak mimi, tolong amik kunci.tak sampai."
" Akak tak sampai la fariz."
Aku mengeluh dan terus duduk di luar sehingga ibu ku pulang. Tapi ibu ku enggan juga untuk benarkan aku masuk ke rumah. Sehingga.....
Bersambung....
No comments:
Post a Comment