Wednesday, 30 November 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

Dalam perjalanan Israk, baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya ;

  1. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Suci kan diri anda, berwuduk, bentangkan sejadah dan laksanakanlah tanggungjawabmu..

Assalamu'alaikum.

Tuesday, 29 November 2011

Rukun Islam

Assalamu'alaikum kepada pembaca Fazliana Story.

Post kali ini adalah sekadar untuk sama-sama mengingati antara satu sama lain. Agar kita tidak lupa dengan tanggungjawab kita pada Allah. Ini telah dinyatakan dalam Surah Al- 'Asr ayat 3 yang bermaksud ;

" Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran "

Di sini merupakan rukun Islam yang mempunyai 5 perkara, iaitu ;
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Menunaikan solat fardhu lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan.
  4. Menunaikan zakat. (zakat farta & zakat fitrah)
  5. Mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Banyakkan beramal dan bersedekah. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hamba-hamba Nya yang beriman. Insya Allah.

Terima kasih. Assalamu'alaikum.

Kisah Pak Meon - Part 1

Pak Meon tinggal keseorangan di rumah selama seminggu kerana anak-anak dan isterinya pulang ke kampung. Maka selama seminggu beliau terpaksa untuk melakukan kerja-kerja rumah sendirian termasuk lah memasak.

Setelah 3 hari duduk sendirian di rumah, ketika beliau ingin memasak, beliau mendapati ikan di dalam peti ais lembik. Beliau pun heran. Beliau cuba untuk memeriksa peti ais itu dan mendapati peti ais itu rosak. Beliau terus ke bilik mengambil duit untuk membaiki peti ais itu. 

Malangnya, belau tidak mencukupi wang. Beliau pun duduk di halaman rumah sambil memikirkan cara untuk mendapat duit membaiki peti ais itu.

" Surat kabar lama! Tv lama! Peti sejuk lama! Mesin basuh lama! "
" Peti ais aku tu pn da lame sangat dah tu. baik aku jual. dapat jugak aku duit nk repair peti ais aku. "
" Apek, tunggu jap. "

Setelah dijual peti ais itu, maka beliau pun dengan riang hati ingin membaiki peti ais beliau yang rosak itu kerana duit sudah cukup. Akan tetapi, apabila beliau masuk ke dapur beliau mendapati peti ais beliau hilang. Setelah 2 minit terdiam, baru beliau sedari dengan kebodohan yang beliau lakukan. Beliau terus terbaring sambil memikirkan jawapan yang ingin dijawab kepada isterinya nanti.

Tammat.

Monday, 28 November 2011

Aku - Part 1

Aku dilahirkan di muka bumi ini pada 1987. Aku dilahirkan oleh keluarga yang sederhana dan aku merupakan anak bongsu dalam keluarga ini. Alhamdulillah dari saat kelahiran ku aku masih dapat melihat ibu dan ayah ku. Tidak seperti insan yang kurang bernasib baik, sehingga usianya besar mereka tidak pernah melihat wajah ibu atau ayah masing-masing. Sangat menyedihkan.

" Adik, bangun..mandi."
"........................."
" Hey,bangun la.kau x nak g sekolah ke.da pukul brape dah ni."

Hari ini hari pertama aku sekolah tadika. Tadika dari rumah ku tak jauh, hanya berjalan kaki sahaja. Tapi, hati aku sayu nak menangis sebab tak sanggup ditinggalkan ibu. Aku hanya duduk di luar pagar bertemankan ibu.

" Dah, masuk.nanti cikgu marah."
" Tak nak! nak balik"
" Cikgu, amek die.sekolah habis pukul 11 kn. nanti sy datang jemput anak sy."

Aku hanya mampu menangis teresak-esak. Akhirnya tangisan aku berjaya. Aku dilepaskan untuk balik ke rumah bersama ibu ku. Aku balik dengan hati riang.

" Ko duduk kt luar ni.jangan masuk rumah!"

Ibu ku terus keluar ke kedai membeli lauk untuk masakan tengah hari. Aku cuba untuk panjat para-para tingkap tapi tak sampai. Kebetulan anak jiran ku sedang menyapu sampah.

" Kak mimi, tolong amik kunci.tak sampai."
" Akak tak sampai la fariz."

Aku mengeluh dan terus duduk di luar sehingga ibu ku pulang. Tapi ibu ku enggan juga untuk benarkan aku masuk ke rumah. Sehingga.....

 Bersambung....