Thursday, 8 December 2011

Provokasi

Perkataan provokasi memang jarang ditemui. Pertama kali aku menjumpai perkataan ini sewaktu sekolah menengah iaitu dalam buku Sejarah Tingkatan 5. Memang sukar untuk dijelaskan apakah maksud provokasi sebenarnya. Kalau bertanya pada rakan-rakan, belum tentu lagi boleh memuaskan hati dengan jawapan yang diberi.

' Apa maksud provokasi erk? '
' Ape bende tu? '
' ?? '

' Apa maksud provokasi erk? '
' Aaaaa...die mcm..alaaa..provokasi la..tak kan ko tak tau..mcm....... '

Memang susah hendak dijelaskan. Aku akan cuba untuk rungkaikan maksud provokasi ini.

Provokasi merupakan sesuatu perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya. Ia juga boleh digelar sebagai satu jenayah. 



Dari rajah di atas, 6 elemen akan bersangkut paut apabila berlakunya provokasi. Ini bermakna apabila seseorang diprovokasikan, maka sifat marah dan tekanan akan mucul dalam diri ditambah pula dengan hasutan dan godaan daripada rakan-rakan yang akan mengakibatkan pelbagai tindakan yang tidak sewajarnya diambil oleh orang yang diprovokasikan itu. Secara tidak lansung, jenayah provokasi berlaku.

Sebagai contoh, sebelum perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF final kedua antara Malaysia dan Indonesia, pihak media Indonesia cuba untuk melakukan provokasi dengan menyatakan bahawa FIFA telah menjatuhkan denda AS$40 juta (123 juta) dan penggantungan 4 tahun terhadap pasukan Malaysia kerana kesalahan penggunaan laser.


Sehubungan dengan penyataan itu, banyak pihak daripada Malaysia terkejut dan menyatakan ia merupakan provokasi yang dilakukan oleh Indonesia untuk mendapat kemenangan percuma jika Malaysia didapati bersalah. Walhal perkara tersebut jika benar, itu adalah atas tindakan AFF (Persatuan Bola Sepak Asian) bukan daripada FIFA kerana ia kejohanan yang dianjurkan AFF.

Serba sedikit maklumat untuk anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, tanya cikgu Bahasa Melayu korang. :-)

Terima Kasih.

1 comment:

  1. terima kasih, org berilmu utk beramal. smoga dapat ganjaran drNya

    ReplyDelete