Thursday, 1 December 2011

Aku - Part 2

Sehingga ibuku membenarkan aku masuk ke rumah. Aku terus makan kerana perut aku lapar sangat dari pagi tidak makan. Setelah kejadian itu, aku sudah mula belajar untuk ke tadika. Memang susah untuk aku nak menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan aku menjadi suka ke tadika.

Hari ini aku akan mula bersekolah rendah. Sekolah rendah ku bersebelahan dengan tadika. Aku pergi bersama ayah dengan menaiki motorsikalnya. Sesampainya di sekolah, aku dapat lihat ramai rakan-rakan baru dan juga lama. Alangkah riang hati ini dapat berjumpa dengan rakan-rakan setadika ku. Sungguh seronok.

" Fariz! "
" Mat! kau duduk sebelah aku eh dlm kelas. "
" Xnk r. kau busuk. haha. "
" Kau pn busuk gak.."

Kami perlu menjalani satu peperiksaan ringkas untuk menentukan kelas yang akan kami duduki. Semasa aku menjawab peperiksaan, ayahku hanya melihat aku di luar tingkap darjah. Aku dimasukkan ke dalam kelas 1 Pintar. Kelas tersebut adalah kelas paling hadapan iaitu kelas paling pandai di sekolah. Aku sangat gembira dan tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk ke sekolah lagi.


Sewaktu dalam kelas, ketika Cikgu Haniza sedang mengajar kami matematik.......

" Cikgu, Mail berak dlm suar. "
" Ha,mane kamu tau Ahmad? "
" Betul cikgu. busuk. "

" Cikgu, perut saya sakit cikgu. "
" Ahmad, awak pegi bawak Mail ke tandas. "
" Tapi cikgu.."
" Cepat! "

" Cikgu, taik die jatuh kt lantai! "
" Hahahahaha.." (satu kelas dan kelas sebelah)

" Diam! Jangan bising. Hanif, Hakim pergi bersihkan najis tu. guna getah paip kt luar tu. "
" Tapi cikgu..."
" Xde tapi-tapi lagi. pergi buat sekarang. "
" Baik cikgu. "


Bersambung....

No comments:

Post a Comment