Wednesday, 15 February 2012

Mengapa Kita Perlu Berfikiran Positif?

Pakar motivasi selalu pesan, ' Anda harus berfikiran positif '. Mengapa tidak negatif? Jawapannya adalah di bawah.

Gambar di atas adalah positif dan negatif. Lihat gambar di bawah pula.




Gambar di atas sudah menjawab persoalan post hari ini. Positif mempunyai banyak arah berbanding dengan negatif. Jika diputar seberapa degree sekalipun positif tetap mempunyai 4 arah. Ibarat 4 cara berbanding negatif hanya 2 cara. Kita boleh ubah ia juga sebagai peluang atau kelebihan dan pelbagai perkataan lain yang positif. Jadi, jika anda mesti pilih yang banyak peluang dan kelebihan kan?? 

Berfikiran positif mampu mengawal emosi dan keputusan sesuatu perkara. 
Think positive now!

Tuesday, 14 February 2012

Want to Facebook all day on your phone like your friends? Now you can!

Want to Facebook all day on your phone like your friends? Now you can! KLIK HERE!!
 : Never miss an update on Facebook when you’re away from the keyboard and on the go. Unleash your free unlimited Facebook plan when you sign up for Hotlink’s starter pack. It also comes with 25MB mobile Internet and is valid for 5 days. Get all the details now!

Pisang


Apabila anda melihat gambar di atas, apakah persoalan yang terdapat di fikiran anda sekarang? Kenapa dengan gambar ni? Pisang? Kenapa?
Tujuan aku meletakkan gambar pisang setandan ni sebernanya adalah untuk memberitahu persamaan kata-kata masyarakat kita. 

Dalam banyak-banyak pisang ini, pasti ade yang busuk atau tidak elok. Betul tak? So, masyarakat kita menyamakan fakta ini dalam kehidupan seharian kita sebagai semangat dan motivasi. Persamaan ini boleh juga diterbalikkan seperti jika banyak-banyak pisang ini busuk, pasti ade satu or dua yang elok. Betul kan.

Contohnya, dalam sekolompok masyarakat mesti ade salah sorang yang pakar dalam sesuatu perkara dan juga pasti ade yang kurang bernasib baik atau sering melakukan kejahatan. Jadi itulah ragam kehidupan.

Apa yang aku nak fokuskan tentang persamaan ini adalah kepada diri sendiri. Kadang kala kita termenung memikirkan kenapa aku tidak pandai macam die? Kenapa aku x ensem macam brad pitt? Kenape aku tak kaya mcm Bill Gates? Kenape? Kenape? Semua nye kenape. Ibarat nak salahkan takdir pulak. Anda tidak seharusnya berfikir begitu. Macam pisang tadi. Jika anda rase anda ni banyak betul kelemahan, 1 bende pun tak boleh nak buat, xde bakat dalam itu ini, anda jangan risau.Dalam banyak-banyak perkara yang buruk itu pasti anda ada kelebihan anda yang tersendiri. Mungkin anda tak pandai belajar, tetapi bila anda selami diri anda, anda nampak yang anda pandai berniaga. Anda tidak pandai bermain bola, tetapi anda mahir bermain tenis. Kenapa anda bersusah payah untuk perkara yang anda tidak mahir sedangkan anda mempunyai kelebihan yang Allah anugerahkan pada diri anda. Cuba fikirkan.

Anda kenal Bill Gates? Ini ceritanya. Kawan Bill Gates dulu waktu belajar selalu dapat markah tinggi dalam kelas dan dia selalu gagal ketika ujian. Sekarang kawan dia merupakan engineer di Microsoft manakala dia pula adalah pemilik Microsoft.

Amacam? Jangan mudah putus asa. Fikir sejenak untuk lihat apa kelebihan yang ada dalam diri anda. Ibarat macam pisang setandan tadi. =)

Monday, 30 January 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26

Tahniah buat pemenang AJL ke 26 yang berlansung pada 29 Januari 2011 di Tv3 pukul 9 malam td. Pelbagai persembahan menarik ditunjukkan pada malam ini seperti Faizal Tahir dengan piano terbakar, Aizat lukisan pasir dan sebagainya. Beikut merupakan keputusan AJL sebentar tadi ;



               Juara                                -  Hafiz - Awan Nano
               Naib Juara                       -  Jaclyn Victor, Shila Hamzah, Ning Baizura - Beribu Sesalan
               Ketiga                              -  Faizal Tahir - Karma
               Vokal Terbaik                  - Hafiz - Awan Nano
               Persembahan Terbaik      - Alyah - Kisah Hati

Tahniah kepada peserta dan pemenang.

Thursday, 8 December 2011

Provokasi

Perkataan provokasi memang jarang ditemui. Pertama kali aku menjumpai perkataan ini sewaktu sekolah menengah iaitu dalam buku Sejarah Tingkatan 5. Memang sukar untuk dijelaskan apakah maksud provokasi sebenarnya. Kalau bertanya pada rakan-rakan, belum tentu lagi boleh memuaskan hati dengan jawapan yang diberi.

' Apa maksud provokasi erk? '
' Ape bende tu? '
' ?? '

' Apa maksud provokasi erk? '
' Aaaaa...die mcm..alaaa..provokasi la..tak kan ko tak tau..mcm....... '

Memang susah hendak dijelaskan. Aku akan cuba untuk rungkaikan maksud provokasi ini.

Provokasi merupakan sesuatu perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya. Ia juga boleh digelar sebagai satu jenayah. 



Dari rajah di atas, 6 elemen akan bersangkut paut apabila berlakunya provokasi. Ini bermakna apabila seseorang diprovokasikan, maka sifat marah dan tekanan akan mucul dalam diri ditambah pula dengan hasutan dan godaan daripada rakan-rakan yang akan mengakibatkan pelbagai tindakan yang tidak sewajarnya diambil oleh orang yang diprovokasikan itu. Secara tidak lansung, jenayah provokasi berlaku.

Sebagai contoh, sebelum perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF final kedua antara Malaysia dan Indonesia, pihak media Indonesia cuba untuk melakukan provokasi dengan menyatakan bahawa FIFA telah menjatuhkan denda AS$40 juta (123 juta) dan penggantungan 4 tahun terhadap pasukan Malaysia kerana kesalahan penggunaan laser.


Sehubungan dengan penyataan itu, banyak pihak daripada Malaysia terkejut dan menyatakan ia merupakan provokasi yang dilakukan oleh Indonesia untuk mendapat kemenangan percuma jika Malaysia didapati bersalah. Walhal perkara tersebut jika benar, itu adalah atas tindakan AFF (Persatuan Bola Sepak Asian) bukan daripada FIFA kerana ia kejohanan yang dianjurkan AFF.

Serba sedikit maklumat untuk anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, tanya cikgu Bahasa Melayu korang. :-)

Terima Kasih.

Monday, 5 December 2011

BMW

Apabila kita menyebut  BMW  pasti semua orang akan tahu ia merupakan sebuah kereta. Akan tetapi tahukah anda apakah maksud  BMW  itu ? Korang tak tau kan. Xpayah search. Aku dah search da tadi.




Perkataan  BMW  ialah BMW AG iaitu singkatan bagi Bayerische Motoren Werke AG, atau dalam bahasa Inggeris Bavaria Motor Works. Ia merupakan sebuah syarikat swasta di Jerman dan pengilang kepada lebih 1,400 000 buah kereta dan 100 000 buah motorsikal melalui jenamanya iaitu BMW. Ia ditubuhkan pada 1916.

Slogan syarikat ini dalam bahasa Inggeris ialah ' The Ultimate Driving  Machine '. Dalam bahasa Jerman pula ' Freude am Fahren ' iaitu jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris ialah ' Joy in Driving '.

Sekadar untuk pengetahuan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari website ini.

www.bmw.com/

Thursday, 1 December 2011

Aku - Part 2

Sehingga ibuku membenarkan aku masuk ke rumah. Aku terus makan kerana perut aku lapar sangat dari pagi tidak makan. Setelah kejadian itu, aku sudah mula belajar untuk ke tadika. Memang susah untuk aku nak menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan aku menjadi suka ke tadika.

Hari ini aku akan mula bersekolah rendah. Sekolah rendah ku bersebelahan dengan tadika. Aku pergi bersama ayah dengan menaiki motorsikalnya. Sesampainya di sekolah, aku dapat lihat ramai rakan-rakan baru dan juga lama. Alangkah riang hati ini dapat berjumpa dengan rakan-rakan setadika ku. Sungguh seronok.

" Fariz! "
" Mat! kau duduk sebelah aku eh dlm kelas. "
" Xnk r. kau busuk. haha. "
" Kau pn busuk gak.."

Kami perlu menjalani satu peperiksaan ringkas untuk menentukan kelas yang akan kami duduki. Semasa aku menjawab peperiksaan, ayahku hanya melihat aku di luar tingkap darjah. Aku dimasukkan ke dalam kelas 1 Pintar. Kelas tersebut adalah kelas paling hadapan iaitu kelas paling pandai di sekolah. Aku sangat gembira dan tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk ke sekolah lagi.


Sewaktu dalam kelas, ketika Cikgu Haniza sedang mengajar kami matematik.......

" Cikgu, Mail berak dlm suar. "
" Ha,mane kamu tau Ahmad? "
" Betul cikgu. busuk. "

" Cikgu, perut saya sakit cikgu. "
" Ahmad, awak pegi bawak Mail ke tandas. "
" Tapi cikgu.."
" Cepat! "

" Cikgu, taik die jatuh kt lantai! "
" Hahahahaha.." (satu kelas dan kelas sebelah)

" Diam! Jangan bising. Hanif, Hakim pergi bersihkan najis tu. guna getah paip kt luar tu. "
" Tapi cikgu..."
" Xde tapi-tapi lagi. pergi buat sekarang. "
" Baik cikgu. "


Bersambung....

Wednesday, 30 November 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

Dalam perjalanan Israk, baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya ;

  1. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Suci kan diri anda, berwuduk, bentangkan sejadah dan laksanakanlah tanggungjawabmu..

Assalamu'alaikum.

Tuesday, 29 November 2011

Rukun Islam

Assalamu'alaikum kepada pembaca Fazliana Story.

Post kali ini adalah sekadar untuk sama-sama mengingati antara satu sama lain. Agar kita tidak lupa dengan tanggungjawab kita pada Allah. Ini telah dinyatakan dalam Surah Al- 'Asr ayat 3 yang bermaksud ;

" Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran "

Di sini merupakan rukun Islam yang mempunyai 5 perkara, iaitu ;
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Menunaikan solat fardhu lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan.
  4. Menunaikan zakat. (zakat farta & zakat fitrah)
  5. Mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Banyakkan beramal dan bersedekah. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hamba-hamba Nya yang beriman. Insya Allah.

Terima kasih. Assalamu'alaikum.

Kisah Pak Meon - Part 1

Pak Meon tinggal keseorangan di rumah selama seminggu kerana anak-anak dan isterinya pulang ke kampung. Maka selama seminggu beliau terpaksa untuk melakukan kerja-kerja rumah sendirian termasuk lah memasak.

Setelah 3 hari duduk sendirian di rumah, ketika beliau ingin memasak, beliau mendapati ikan di dalam peti ais lembik. Beliau pun heran. Beliau cuba untuk memeriksa peti ais itu dan mendapati peti ais itu rosak. Beliau terus ke bilik mengambil duit untuk membaiki peti ais itu. 

Malangnya, belau tidak mencukupi wang. Beliau pun duduk di halaman rumah sambil memikirkan cara untuk mendapat duit membaiki peti ais itu.

" Surat kabar lama! Tv lama! Peti sejuk lama! Mesin basuh lama! "
" Peti ais aku tu pn da lame sangat dah tu. baik aku jual. dapat jugak aku duit nk repair peti ais aku. "
" Apek, tunggu jap. "

Setelah dijual peti ais itu, maka beliau pun dengan riang hati ingin membaiki peti ais beliau yang rosak itu kerana duit sudah cukup. Akan tetapi, apabila beliau masuk ke dapur beliau mendapati peti ais beliau hilang. Setelah 2 minit terdiam, baru beliau sedari dengan kebodohan yang beliau lakukan. Beliau terus terbaring sambil memikirkan jawapan yang ingin dijawab kepada isterinya nanti.

Tammat.

Monday, 28 November 2011

Aku - Part 1

Aku dilahirkan di muka bumi ini pada 1987. Aku dilahirkan oleh keluarga yang sederhana dan aku merupakan anak bongsu dalam keluarga ini. Alhamdulillah dari saat kelahiran ku aku masih dapat melihat ibu dan ayah ku. Tidak seperti insan yang kurang bernasib baik, sehingga usianya besar mereka tidak pernah melihat wajah ibu atau ayah masing-masing. Sangat menyedihkan.

" Adik, bangun..mandi."
"........................."
" Hey,bangun la.kau x nak g sekolah ke.da pukul brape dah ni."

Hari ini hari pertama aku sekolah tadika. Tadika dari rumah ku tak jauh, hanya berjalan kaki sahaja. Tapi, hati aku sayu nak menangis sebab tak sanggup ditinggalkan ibu. Aku hanya duduk di luar pagar bertemankan ibu.

" Dah, masuk.nanti cikgu marah."
" Tak nak! nak balik"
" Cikgu, amek die.sekolah habis pukul 11 kn. nanti sy datang jemput anak sy."

Aku hanya mampu menangis teresak-esak. Akhirnya tangisan aku berjaya. Aku dilepaskan untuk balik ke rumah bersama ibu ku. Aku balik dengan hati riang.

" Ko duduk kt luar ni.jangan masuk rumah!"

Ibu ku terus keluar ke kedai membeli lauk untuk masakan tengah hari. Aku cuba untuk panjat para-para tingkap tapi tak sampai. Kebetulan anak jiran ku sedang menyapu sampah.

" Kak mimi, tolong amik kunci.tak sampai."
" Akak tak sampai la fariz."

Aku mengeluh dan terus duduk di luar sehingga ibu ku pulang. Tapi ibu ku enggan juga untuk benarkan aku masuk ke rumah. Sehingga.....

 Bersambung....